Sabtu, 25 April 2009

SUARA HATI PENULIS


Assallamualikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan serta rakan-rakan yang masih mengenali saya Pada kawan-kawan yeng pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langkap dari tahun 1970 hingga 1975. Sekolah Menenggah Datok Sagor Langkap dari tahun 1976 hingga 1978. Selepas itu kita sudah tidak berjumpa lagi hinggalah ke hari ini. Mungkin semuanya telah berjaya dalam hidup, mungkin juga sudah ada yang menjadi seorang usahawan dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Tapi aku masih seperti ini. Tapi tak mengapa itu adalah takdir yang sukar untuk kita tentukan. Semua orang mahu berjaya termasuk juga aku. Tapi alhamdullillah aku juga berjaya dalam hidup. Walaupun tidak seperti kamu kamu semua, Aku dengan cara aku sendiri. rezeki itu dimana-mana pun ada, cuma caranya mungkin berbeza. Setelah sekian lama tidak berjumpa, ingin juga aku bertemu dengan kamu semua. Tapi mungkin bukan masanya lagi, tetapi itu adalah harapan aku buat masa ini. aku masih rindu dengan keadaan seperti dulu. Mungkin usia kita semakin meningkat, membuatkan perasaan itu datang dengan sendirinya. Hanya yang dapat aku temui seorang berdua saja. Tapi alhamdullillah lah juga, aku dapat berjumpa dengan kawan baik aku Jaafar Ismail yang bekerja di JPS Teluk Intan. Aku dgn dia memang best. Sebab aku dengan dia selalu dapat balik awal dari kelas, kerana bas sekolah menunggu. Aku hormat dengan Cikgu Sahak kerana membenarkan kami berdua balik awal. Aku balik Ke Chui Chak dia pula balik ke Pelawan. Baru-baru ini aku pergi memancing ikan talapia dekat lombong di Pelawan, terkejut juga aku bila aku tengok Pelawan pada hari ini. Tidak seperti dulu. Sudah tidak ada lagi Jalan batu lombong. Semuanya jalan Tar. Perkampungan orang asli pun telah cantik. Rumah-rumahnya tak seperti dulu lagi. Semua rumah batu. Kalau tidak semuanya rumah papan, ada juga yang masih menggunakan daun lalang dan buluh untuk dijadikan rumah kediaman. Orang asli pun kini telah pandai bergaya, tidak seperti dulu lagi. Aku kagum dengan mereka yang tidak mahu ketinggalan. Pernah aku pergi Ke Chui Chak, rindu juga aku pada kampung halaman aku. Dimana tempat aku dilahirkan. tidak banyak yang berubah. Sama saja seperti dahulu. Cuma yang berubah ialah rumah-rumah, kalau dahulu semuanya rumah papan sekarang semuanya rumah batu. Bila aku pergi ke padang tempat aku bermain bola sepak. Terkenang aku tentang padang tersebut. Dimana aku dan kawan-kawan akulah yang membaik pulih, dari rimbunan lalang yang memenuhi padang menjadi rumput yang cantik dan tanahnya lembut. Banyak lagi perkara yang aku ingat untuk dicatatkan. Tetapi cukuplah untuk kali ini. Ada masa aku akan luah kan lagi didalam blog ini untuk dikongsikan dengan sesiapa saja