Ahad, 3 Mei 2009

JENIS MAKANAN YANG DIHARAMKAN

Setiap yang ada dalilnya bagi mengharamkan sesuatu, maka perkara itu adalah dosa besar. Al quraan telah menjelaskan satu persatu jenis-jenis makanan yang haram, sebagaimana yang termaktub didalam firman ALLAH Azza Wa Jalla dibawah ini:
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan untuk kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang di sembelih dengan nama selain ALLAH, lantas sesiapa terpaksa tapi ia tidak menghendakinya serta tidak melampau, maka hal demikian tidak berdosa. Sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani.”
( Al-Baqarah 173 )
“Katakanlah, Aku tidak dapat didalam wahyu yang diturunkan kepadaku sesuatu yang haram dimakan orang yang menghendakinya selain daripada bangkai, darah yang mengalir atau daging babi serta yang disembelih dengan nama lain daripada ALLAH sesungguhnya kesemua itu adalah kotor.”
(Al-An’am 145)

KEKEJIAN BABI

AL-QURAN telah menegaskan bahawa daging babi adalah najis. Sebagaimana dinyatakan pada ayat yng kedua tadi, yang dimaksudkan “rijs” dalm konteks ini ialah sesuatu yang kotor dan menjijikkan. “Rijs” juga boleh diertikan dengan “tempat dosa”. Oleh yang demikian diharamkan dan dianggap perbuatan keji.
Dengan penjelasan ayat tersebut, jelas maksudnya bahawa daging babi itu kotor dan jijik. Dalam lain-lain bahasa lazimnya menjadikan “babi’ sebagai lambang sesuatu kehinaan serta kekejian. Tidak wajar manusia menghinakan dirinya dengan sesuatu yang sudah diketahui kekotorannya, lebih lebih lagi dimakan atau diletakkan kedalam mulut lalu mengunyahnya serta menelan masuk kedalam perut dan menjadi darah serta membentuk perangainya.
Matlamat pengutusan Nabi Muhamad s.a.w adalah untuk meletakkan aturan yang mesti diikuti oleh manusia, agar terpelihara kemuliaannya. Salah satu daripada ajarannya seperti yang disebut dibawah ini;
“ ALLAH menghalalkan yang baik-baik bagi mereka dan dia juga mengharamkan segala yang keji bagi mereka”
(Al-A’raf: 157)
Termasuk perkara-perkara yang keji ini ialah daging babi tidak dinafikan ramai orang yang gemar memakan daging babi termasuk umat islam sendiri.
Salah satu penyakit yang timbul akibat makan daging babi ialah HOG CHOLERA (demam babi). Biasanya penyakit ini menular dengan mudah antara satu babi dengan babi yang lain. Kerana dalam darah babi terkandung sejenis kuman, begitu juga dalam tahinya.
Penularan ini berlaku apabila diantara tahi babi dan tahi babi yang lain bersentuhan. Ianya berlaku dengan cepat sekali seperti melalui perantaraan serangga-serangga yang suka mengerumuni tahi babi. Penyakit lain akibat dari memakan daging babi boleh menimbulkan BRUCELLOSIS. Penyakit ini seringkali mengenai bahagian tertentu pada tubuh babi. Terutama sekali tulang punggung dan persendiannya.di bahagian belakang. Didalam kumpulannya jika berlaku penyakit ini amat sukar untuk menyembuhkannya. Sekiranya menjangkiti manusia, kesannya amat dasyat sekali.

CACING PITA

Cacing ini banyak terdapat pada daging babi. Bahaya yang timbul bukan main-main. Ianya boleh membawa maut. Penyakit ini di sebut TRICHINOSIS. Timbulnya penyakit ini ada diantara babi itu memakan tikus atau haiwan yang berpenyakit Encysted Larvae. Sedangkan manusia yang memakan daging babi besar kemungkinan terkena penyakit berbahaya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas