Jumaat, 1 Mei 2009

KEMBALINYA FARHANA

Setelah tamat pengajiannya dan lulus dibidang yang menjadi impiannya. Farhana kembali ketanah air bergelar sebagai doktor. Hatinya gembira bagaikan tak terkata, kerana segala cita-citanya telah tercapai jua. Fatimah sebagai seorang ibu juga tumpang gembira dengan kejayaan anak tunggalnya itu. En. Firdaus bersyukur kerana tanggung jawabnya sebagai seorang ayah telah tertunai. Walaupun agak terlewat. Kini terserah kepada Farhana untuk menilai ataupun untuk megampunkan segala dosa-dosanya selama ini. Lagipun segala apa yang berlaku bukan kehendaknya. Semuanya adalah ketentuan takdir yang tidak boleh untuk dielakkan lagi.
“Mengapa dari tadi ayah asyik termenung saja..?” Tegur Farhana dari arah belakang , sambil membawa secawan minuman kemudian diletaknya diatas meja.
“Tak ada apa-apa , Ana…” balas En. Firdaus. Sambil melemparkan senyuman hambar kearah anaknya itu.
“Kalau tidak masakan ayah asyik termenung aja. Ayah ingat kisah lama ya..?” Farhana cuba memerangkap lamunan ayahnya.
“Kisah lama…!!!, maksud Ana, kisah dulu-dulu… ” En. Firdaus cuba meneka-neka. Sambil menyembunyikan perasaannya.
“Habis tu takkanlah ayah asyik termenung aja…”
“Tak adalah…! Ayah tak mau ingatkan kisah masa lampau lagi. Ayah ingin hidup bahagia disamping keluarga ayah, yang satu masa dulu telah hilang diakibatkan oleh kurang pertimbangan dari diri ayah sendiri. Kini ayah telah sedar dan tak mau ianya berulang lagi.” Jelas En. Farid dengan panjang lebar.

“Kalau macam tu, Ana tak mau tengok ayah termenung lagi…” Balas Farhana dengan senyum lebar. En. Firdaus memandang muka anak tunggalnya itu, sambil meneguk minuman yang dihidangkan oleh Farhana. Kedua beranak itu kelihatan begitu mesra sekali. Walau pun telah lama berpisah. Tiada jurang pemisah yang ketara diantara mereka. Kalau dikirakan dendam, Farhana memang berhak untuk mendendami ayahnya yang suatu masa dahulu hilang entah kemana. Sehinggakan ibunya menanggung segala penderitaan dan kepahitan hidup sebagai seorang janda muda beranak satu. Kalau warung Mak Limah boleh bercakap, telah pasti ia akan berkata-kata dan menceritakan penderitaan hidup Farhana.
“Assallammualaikum…!!!”
“Waalaikummussalam….” Jawab En. Firdaus.
“Oh…ibu…!!, darimana bu…?” Tanya Farhana.
“Dari rumah Mak Limah kamu..” Jawab Fatimah sambil duduk disebelah suaminya.
“Kenapa dengan Mak Limah bu…..?” Farhana risau dan wajahnya berubah menjadi pudar.
“Mak Limah kamu sakit…..” Kata ibunya.
“Mak Limah sakit..!!!, kenapa ibu tak bagi tau pada Ana, kenapa bu…..?.” Farhana mendesak keciwa.
“Makcik Pisah kamu yang beri tau. Ibu tengok kamu sedang nyenyak tidur, malaslah ibu nak kejutkan.” Ujar Fatimah lembut.
Sekarang macamana keadaan Mak Limah…bu…?” Farhana inginkan penjelasan dari ibu nya. Kerana dia amat menyanyangi Mak Limah. Mak Limah lah sebagai
pendorong kejayaannya. Kalau Mak Limah tak sama bagi semangat mungkin juga impiannya hanya tinggal impian.
Sakit
Farhana bersama dengan ibu dan ayahnya melawat Mak Limah yang sedang sakit. Farhana menangis apabila melihat Mak Limah terdampar tak bermaya dikatil. Farhana terus memeluk tubuh kering Mak Limah dalam keadaan terharu. Air matanya menitis keluar dari kelopak matanya yang lembut.
“Fatin…!, dah lama ke Mak Limah sakit…?” Farhana bertanya pada Fatin yang dari tadi asyik diam sahaja, tanpa mengeluar sepatah kata pun. Tangannya asyik menggosok kaki Mak Limah. Kelihatan kaki Mak Limah terkuit-kuit membalas gosokkan lembut dari Fatin.
“Tak….!!!”. Balas suara Fatin dalam keadaan lemah.
“Dah berapa hari Fatin…?” Tanya Farhana lagi.
“Semalam, Mak Uda terjatuh dalam bilik air …” Jelas Fatin.
“Kenapa tak bawa keklinik atau ke Hospital…?”
“Mak Uda yang tak ndak…” Balas Fatin lagi. Farhana memeriksa degupan nadi Mak Limah kemudian dia memeriksa mata Mak Limah.
“ Jangan dibiarkan Fatin, elok kita bawa saja Mak Limah Ke Hospital. Disini apa yang boleh kita buat. Takkan hanya berserah pada takdir tanpa usaha…” Cadangan Farhana. Fatin terdiam mendengar kata-kata dari sahabatnya itu.
“Ayah kau mana Fatin…?”
“Ayah pergi kekedai Ah Siong beli ubat. Ibu pula pergi kerumah bomoh Sidek minta ubat kampong..” Jelas Fatin lagi. Farhana hanya menggelengkan kepala mendengar kata - kata dari Fatin. Kini baru Farhana sedar bahawa penduduk kampungnya masih
mempercayai ubat biasa yang dibeli dan ubat kampong daripada mendapat rawatan di Hospital.
“Kita mesti bawa Mak Limah dengan segera ke hospital. Ayah..!, ibu…!!” Ujar Farhana dengan nada yang sungguh mengeciwakan.
“Tak kan kita nak biarkan Mak Limah tercungap-cungap begini. Kalau lambat nanti mungkin nyawa Mak Limah tak dapat hendak diselamatkan. Denyutan nadinya amat lemah sekali, bermakna jantung Mak Limah tidak mengempam secara normal. Kadang kala laju dan kadang kalanya tersangat lemah..” Sambung Farhana dengan panjang lebar. Mata Farhana memandang tepat kearah Mak Limah yang sedang terbaring tercungap-cungap menahan kesakitan.
“Betul kata Farhana tu, Fatimah. Elok kita bawa saja Mak Limah ni kehospital sebelum terlambat.” Cadang En. Firdaus. Fatin hanya berdiam diri tak berani memberi sebarang keputusan.
“Assallammualaikum….”
“Waalaikummussallam…” En. Farid menjawab salam yang diberikan. Kelihatan Mustaffa dan Musalmah baru balik dari pekan. Mustaffa membawa dua botol ubat sementara Musalmah pula membawa sebotol air, mungkin air penawar jampi bomoh Sidek .
“Beginilah Mustaffa, elok kita bawa saja ibu kamu ni kehospital cepat.” Cadangan En. Firdaus. Mustaffa hanya diam dan memandang kearah tubuh Mak Limah yang sememangnya tidak bermaya.
“Tapi bang Firdaus….!!!”
“Jangan tapi-tapi lagi Mustaffa, kita bawa saja ibu kau ni kehospital. Kalau apa-apa yang terjadi kita tak akan menyesal nanti.” Tegas En. Firdaus.
Setelah dapat kata putus, mereka membawa Mak Limah ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya. Kerana Mak Limah menghadapi masalah jantung yang amat kritikal.
Rawatan
Sebaik sampai di Hospital Farhana bertukus lumus berusaha untuk memberi rawatan kecemasan kepada Mak Limah. Mak Limah dimasukkan ke Wad I.C.U. kerana keadaannya teramat kritikal dan harus diberi rawatan rapi. Denyutan nadi serta degupan jantung Mak Limah lemah dan harus diberi bantuan pernafasan. Fatin, Mustafa, dan Musalmah gelisah diluar wad kecemasan. Mereka amat kesal kerana tidak membawa Mak Limah ke Hospital dengan segera. Kelihatan kelopak mata Fatin digenangi dengan air mata kesedihan.
Fatimah cuba menenangkan Musalmah yang tak henti-henti menangis. Begitu juga dengan Mustaffa yang mundar mandir kehulu hilir menahan resah. En. Firdaus hanya mendiamkan diri penuh sabar menanti berita dari Farhana. Telah hampir lima jam Mak Limah diberi rawatan didalam Wad I.C.U.
“Sabar lah Salmah, kita berdoalah agar Mak Limah selamat.” Pujuk Fatimah.
“Entah lah Kak Timah….” Dalam keesakan menahan sedu Musalmah menjawab.
“Fatin kau dah makan nak,,,?” Tanya En. Farid pada Fatin.
“Tak ada selera Pakcik, selagi mak uda berada didalam dan Ana belum keluar memberi khabaran tentang keadaan Mak Uda. Fatin tak ada selera nak makan. Pak cik..” Balas Fatin dalam keadaan sendu.

“Sabarlah Fatin, Insa’allah mak uda kau tu selamat. Jangan risau nak..” En. Firdaus memberi semangat pada Fatin. Mata Fatin asyik merenung jam didinding hospital dan mengira jam. Fatin amat resah sekali. Dia amat menyayangi mak saudaranya itu.
“Kau dah bagi tau dengan Fadhil ke, tentang keadaan mak nya.” Fatimah bertanya pada Mustaffa.”
“Belum lagi Kak Timah..” Jawab Mustaffa.
“Kami tak dapat hendak menghubunginya. Dah berkali-kali kami cuba menelefonnya, tapi tak berjawab.” Sahut Musalmah pula. Fatimah terdiam seketika. Dia amat merasa dukacita bercampur sedih kerana Fadhil tak tahu keadaan ibunya yang sedang nazak. Murad lah satu-satunya anak tunggal Mak Limah.
“Murad dekat mana sekarang ni, Salmah…?” Tanya Fatimah lagi.
“Sekarang dia bekerja kat Johor. Baru-baru ni dia ada telefon menanyakan khabar emaknya. Tapi masa tu Kak Limah sihat lagi. Tak tau pula nak jadi macam ni…!!” Balas Musalmah dengan sedikit kesal dihati.
“Harap-harap Mak Limah sihat lah hendaknya…”
“Sama-sama lah kita berdoa Kak Timah..” Ujar Musalmah lagi.
Masa begitu pantas berlalu, tanpa disedari telah hampir sepuluh jam mereka menunggu perkhabaran Mak Limah didalam bilik I.C.U. Begitu juga dengan Farhana yang belum keluar-keluar dari dalam bilik rawatan. Keadaan ini amat membimbangkan mereka yang menunggu diluar wad. Mustaffa dan Encik Firdaus mundar mandir kehulu hilir penuh sabar menunggu perkhabaran Mak Limah. Fatin terlelap seketika diruang menunggu , sambil menongkat kepala dikerusi mungkin terasa amat keletihan. Musalmah menyandar dan tak mampu untuk berkata-kata lagi, begitu juga dengan Fatimah.

“Ibu!! ibu…!!” Panggilan itu mengejutkan Fatimah dari lamunannya. Lantas dia menoleh kearah Farhana yang berpakaian serba putih. Begitu juga dengan Fatin dan juga Musalmah bergegas menghampiri Farhana.
“Bagaimana dengan Mak Limah engkau Ana…?” Fatimah bertanya.
“Alhamdullihah, Mak Limah dapat diselamatkan. Buat masa ni dia masih lemah tapi keadaannya stabil. Janganlah ibu, ayah, Makcik Salmah dan pakcik risau. Kita sama-samalah berdoa agar Mak Limah cepat sembuh. Fatin janganlah kau menangis. Mak Limah selamat.” Ujar Farhana sambil memeluk Fatin.
Kepulangan
Disubuh yang sunyi dan sepi itu. Tiba-tiba dibelahi oleh bunyi deruman sebuah kereta Proton Wira merayap perlahan-lahan menuju kerumah Mak Limah. Keluar seorang pemuda dari dalamnya dan berdiri di halaman sambil menjenguk dan mengintai kearah dalam rumah. Kemudian dia menuju kearah belakang rumah Mak Limah dan meninjau-ninjau keadaan sekelilingnya. Selepas tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh Mak Limah dia masuk semula kedalam kereta. Kemudian Proton Wira tersebut berlalu dari situ dan menuju kerumah Mustaffa.
“Assallammualaikum..” Pemuda itu memberi salam
“Waalaikummussallam..” Mustaffa membalas salam yang diberikan oleh pemuda tersebut. Mustaffa bangun dari kerusi meja makan lantas berjalan menuju kemuka pintu. Apabila daun pintu terkuak luas. Alangkah terkejutnya Mustaffa yang memberi salam tadi ialah Fadhil anak saudaranya.
“Alhamdullillah kau dah balik Fadhil…”
“Kenapa Paksu…, Cemas aja Fadhil tengok…?”
“Mak kau…”

“Kenapa dengan Mak , Paksu…?” Fadhil cemas apabila nama ibunya disebut oleh Mustaffa.
“Mak kau sakit…!!!.” Jelas Mustaffa.
“Sakit……!!!!.” Fadhil amat terkejut apabila diberitahu oleh Paksunya tentang ibunya sakit.
“Bila Paksu..!!, bagaimana dengan keadaannya dan sekarang mak dimana…?” Fadhil bertanya bertubi kali kerana hendakkan kepastian tentang ibunya. Mustaffa terdiam apabila didesak oleh Fadhil. Dia tau anak saudaranya itu amat menyayangi ibunya.
Apabila sampai di hospital, Fadhil terus mendakap ibunya. Mak Limah menangis lantas membalas dakapan anaknya.
“Bila kau balik Fadhil…?” Dalam keadaan lemah, Mak limah bertanya. Walau pun suaranya kurang jelas tapi Fadhil faham. Fadhil menitiskan airmata apabila melihat keadaan ibunya yang sedang terlantar.
“Apa khabar hari ini Mak Limah..?” Farhana bertanya.
“Alhamdullillah Ana, adalah kurangnya sikit..” Jawab Mak Limah dalam keadaan lemah.
“Ini kak Ana ke…?” Fadhil bertanya pada doktor muda itu. Farhana menoleh.
“Fadhil, ye…!!” Farhana agak sedikit terkejut.
“Saya kak…” Balas Fadhil.
“Wow..!!!, hebat sekarang, Fadhil kerja kat mana sekarang…?” Farhana bertanya pada Fadhil. Walau pun dalam keadaan yang diselubungi kedukaan, Fadhil cuba menenangkan dirinya.
“Saya bekerja dekat Johor Bahru.”

“Tahniah kak Ana ,kerana telah berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang doktor.” Sambil menghulurkan tangan, Farhana menyambut salam tahniah daripada Fadhil.
“Terima kasih Fadhil, Kalau tak ada sokongan dan dorongan Mak Limah, mungkin Kak Ana tak jadi seorang doktor.” Balas Farhana. Mak Limah hanya tersenyum melihat kemesraan diantara Fadhil dan Farhana. Kemesraan mereka seperti seorang adik dan kakak memang jelas. Dari dulu lagi mereka berdua saling faham memahami diantara satu sama lain. Cuma membezakan mereka ialah tahap pelajaran. Farhana mendapat didikan diluar negeri, sementara Fadhil hanya mendapat didikan didalam negeri.
SELESAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas