Sabtu, 31 Oktober 2009

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG

PETA LOKASI DIMANA MAYAT-MAYAT KANAK KANAK ITU DIJUMPAI.
Semuanya tinggal kenangan. Runtuhan jambatan gantung di Pusat Kokurikum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kuala Dipang Kampar, menceritakan segala kelemahan manusia dari segi pembuatan dan juga penggunaan. Apabila telah terjadi satu satu kejadian masing-masing menunding jari. Dan tak siapa pun yang mengaku bersalah. yang pasti ianya telah terjadi dan mengorbankan nyawa tiga orang pelajar perempuan dan kesemuanya telah ditemui selepas 4 hari operasi mencari dijalankan. Jarak diantara satu mayat ke mayat yang lain terlalu jauh jaraknya. Membuktikan air sungai kampar itu memang deras dan tidak selamat serta tidak sesuai bagi murid murid sekolah untuk mengadakan perkhemahan. kecuali keselamatan dan pengawasan mereka benar benar terjamin. Saya dan kawan saya pergi melawat ketempat kejadian untuk melihat sendiri tempat kejadian jambatan runtuh tersebut. dari segi pembinaannya jelas tidak selamat. Dimana tiada cerucuk yang kuat untuk memegang kedua dua tiang pengantung yang di tanam di kawasan sekolah, seperti yang anda lihat pada gambar yang ketiga. gambar itu menunjukkan bekas lubang dimana tempat tiang itu ditanam tanpa cerucuk, macam buat tempat tiang ampaian menjemur kain apabila di lalui oleh ramai orang, kekuatannya tidak cukup untuk menahan berat, menyebabkan ianya runtuh dan simen yang menjadi penahan terpungkih keatas. Mungkin tanahnya lembut disebabkan berhampiran dengan sungai. jarak diantara sungai dengan tiang pengantung tak sampai pun 25 miter. Sepatutnya ia perlu lebih jauh dari sungai untuk menjamin kekuatannya. Kalau buat jambatan kayu kekal mungkin boleh menjamin keselamatan pengguna. Tidak perlulah jambatan gantung, kerana ianya mungkin digunakan untuk satu jangka masa yang panjang.kerana tempat tersebut merupakan Pusat Kokurikulum Sekolah. Mesti ada saja aktiviti yang dijalankan untuk menanam sikap jatidiri pada murid-murid sekolah. Apa-apa pun ianya telah terjadi. satu ingatan pada pihak yang bertanggungjawab, agar jangan memandang remeh dari segi pembinaan, keselamatan dan pengawasan keatas murid-murid yang menggunakan Pusat Kokurikulum tersebut. Mungkin ibubapa dan penjaga akan berfikir byk kali sebelum membenarkan anak-anak dibawah pengawasannya menjalani latihan di kem tersebut.

Ahad, 18 Oktober 2009

MAJLIS HARI RAYA

Sepanjang bulan Syawal sehingga penghujung bulan. Ada saja majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh individu individu dan jabatan jabatan kerajaan. Menu yang paling popular ialah satay. Disamping lemang dan ketupat serta rendang dan kuah kacang.sebagai juadah wajib setiap kali hari raya. Lain -lain menu termasuklah lontong dan juga kuih muih. Boleh dikatakan perut sentiasa kenyang. tak cukup siang malam pun ada. betapa mewahnya hidup di bulan raya. Setelah habis bulan syawal kena tunggulah pada tahun hadapan pulak. Ada satu Majlis yang saya hadiri bersama seorang kawan satu pejabat. Duduk semeja dengan VVIP. Disini merupakan pengalaman pertama saya makan bersama dengan tetamu kehormat sesebuah jabatan dan agensi kerajaan. Itu pun secara kebetulan saja. Layanan istimewa yang diberikan membuat kan saya merasa teruja. Tetapi keinginan untuk memakan juadah terpaksa dihadkan. Kerana ada rasa malu apabila berhadapan dengan VVIP. begitu juga dengan majlis raya rumah terbuka pegawai daerah,sama juga dapat layanan VIP. Malu nak makan. Biasanya apabila menghadiri majlis hari raya dan rumah terbuka, Hanya makan bersama orang ramai secara buffet. Ambil apa yang nak di makan. Begitu jauhnya darjat diantara golongan pekerja biasa dan VVIP. Tetapi Pengalaman ini akan disimpan sampai bila-bila sebagai satu kenangan yang abadi Mungkin di tahun hadapan tidak merasa lagi untuk duduk semeja dengan VVIP mau pun VIP. Akhir kalam diucapkan selamat hari raya aidil fitri, kepada kaum muslimin dan muslimah keseluruhannya. Maaf Zahir dan Batin.

Rabu, 14 Oktober 2009

GADIS MANGSA LELAKI JAHANAM

"ASALNYA, ROSLINA, 14, DI ANIAYA APABILA DIROGOL SEORANG LELAKI JAUH LEBIH DEWASA, NAMUN AKIBAT KECIWA DAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN DIA BERTUKAR MENJADI KETAGIH SEKS HINGGA TERGAMAK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERAMAI-RAMAI DALAM STOR DISEKOLAH"
Kenyataan diatas merupakan petikan dari akhbar Metro edisi ahad bertarikh : 11/10/2009. Siapakah yang bersalah dalam perkara ini. Si mangsa atau pun lelaki berhati durjana yang sanggup merogol seorang gadis  berusia 14 tahun. Mengikut ceritanya lelaki tersebut ingin berkenalan dan memberi pertolongan apabila dia ditinggalkan oleh teman lelakinya. Ikhlas atau pun tidak pertolongan yang diberikan. atau pun telah ada niat dihati untuk merogol gadis tersebut. Memandangkan sigadis terpinga-pinga di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Persoalannya sekarang mudah sangat ayah atau pun ibu sigadis membiarkan anak gadisnya pergi Ke Kuala Lumpur. Tidak ada kah rasa curiga atau pun was-was untuk melepaskan sigadis pergi bersama seorang lelaki yang tiada kaitan langsung dengan keluarga. Berani sungguh pula sigadis untuk pergi ke Kuala Lumpur mengikut teman lelakinya. pendek kata gadis sekarang mudah tunduk dengan rayuan lelaki. Tanpa memikirkan diri yang mungkin tertipu ataupun terjebak dengan tipu muslihat lelaki.
Menurut ceritanya. setelah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang kononnya memberi alasan ada urusan kecemasan. maka tinggallah gadis keseorangan ditengah bandaraya, tanpa tempat hendak dituju apabila berada ditengah-tengah perut bandaraya. Maka datang lah lelaki berhidung belang untuk berkenalan dan menghulur bantuan apabila melihat sigadis terpinga-pinga. atau pun perkara tersebut memang telah di rancang oleh teman lelakinya, dengan lelaki yang ingin memberi bantuan kepadanya. Semua perkara mungkin boleh terjadi. Menurutnya lagi, lelaki tersebut menawarkan diri untuk membantu dan menghantarnya pulang dan sigadis tanpa berfikir panjang terus saja mengikut orang yang baru dikenalinya itu. Namun dalam perjalanan lelaki itu menukar haluan dan berhenti disebuah hotel. Apabila berada didalam bilik dia mengajak sigadis mengadakan hubungan seks. Namun sigadis tidak mahu dan dipaksa melakukannya. baju sigadis di sentap kemudian dia dirogol. Dalam perjalanan pulang sekali lagi dia dirogol didalam kereta di sebuah kawasan rehat dan rawat sebuah lebuh raya. Cuba bayangkan seorang gadis bawah umur menjadi mangsa rogol lelaki yang mungkin sebaya dengan ayahnya. Kejadian itu membuat dia merasa keciwa lantas merelakan dirinya dibaham oleh teman-temannya disekolah  Apabila telah ternoda menjadikan dia seronok untuk melakukan hubungan seks. Membuatkannya menjadi bertambah liar dan membuat kerja kerja yang dilarang oleh agama. Sehingga dia melakukan hubungan seks dengan lapan orang lelaki dalam satu masa. Perkara ini harus diberi perhatian yang serius oleh masyarakat. Jangan hanya memejamkan mata tentang persoalan sosial sebegini. Kejadian ini boleh terjadi kepada sesiapa saja. Anak anak semakin membesar. seharusnya perkara sebegini diberi perhatian oleh ibu bapa dan masayarakat. kenalilah anak anak anda, anak-anak jiran anda. Cegahlah sebelum ianya menjadi semakin teruk.

Ahad, 11 Oktober 2009

PERISTIWA SEJADAH BERDIRI


FENOMENA sejadah berdiri tiba-tiba menjadi kisah yang paling banyak diperkatakan kebelakangan ini. Ia seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu yang tersirat apatah lagi kebanyakan masyarakat di negara ini sangat berminat dengan kisah yang mempunyai unsur mistik sebegini.
Mengikut laporan terbaru mengenai kejadian ini seperti yang disiarkan pada 2 Oktober lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba berdiri tegak menyerupai orang sedang solat.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Haji Mohd. Amin Bukit Mertajam pada pukul 9.45 malam, Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berselisih pendapat mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka sebelum pergi ke ruang tamu untuk memandikan anak perempuannya manakala isterinya pula pergi menggosok pakaian.
Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada suaminya dalam keadaan muka pucat dan terkejut dan memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud.
Suaminya kemudian menghubungi keluarga dan jiran terdekat yang kemudian datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan ternyata kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat.
Lebih mengejutkan berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.
Namun perkara ini berakhir setelah dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri menasihat agar sejadah itu dilipat bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.
Bagi pasangan suami isteri ini mereka percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.
Peristiwa sama turut dialami oleh seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal namun terkejut apabila melihat dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya pada awal Julai lepas.
Pada awalnya kakitangan kerajaan berasal dari Dungun yang tidak mahu dikenali itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
Menurutnya, pengalaman pelik itu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
Seorang petugas di Masjid Kristal menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
Pada bulan September lalu kejadian sama berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek Pasir Mas serta di Meru pada Februari 2008. Sebelum itu pernah disiarkan dalam You tube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman. Itu merupakan antara beberapa kejadian yang berlaku berkaitan dengan fenomena sejadah berdiri.
Rata-rata berpandangan kejadian sejadah berdiri ini yang tidak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda dan petunjuk kebesaran Tuhan. Allah boleh melakukan apa sahaja. Segala kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam adalah antara tanda-tanda kebesaran Tuhan.
Ada pula yang berpandangan kejadian pelik sebegini adalah cara Tuhan memperli atau berlaku sinis kepada manusia. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun manusia tidak mahu sembahyang, maka kita didedahkan dengan kejadian sejadah yang tidak bernyawa sedang sembahyang.
Saintifik
Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Yusuf Othman menyifatkan kejadian ini mungkin ada hikmah yang yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT kepada umat manusia.
Beliau yang merupakan seorang ahli fizik berkata kejadian sebegini adalah sukar untuk dijelaskan secara saintifik kerana pergerakan yang berlaku perlu diperjelaskan secara terperinci.
Namun umat Islam perlu melihat perkara ini sebagai kekuasaan Tuhan tetapi tidaklah sehingga berlebihan sehingga boleh mengakibatkan syirik dan khurafat.
Menurut beliau secara umumnya sejadah yang berdiri seperti ini memerlukan tenaga atau "daya" untuk bergerak. Daya ini akan diperoleh melalui tujuh cara iaitu sama ada melalui proses elektrik, mekanik, sinaran, haba, magnet, nuklear atau kimia.
"Mungkin selepas ini ada ahli saintis yang mahu menjalankan kajian tentang kejadian ini dan saya mengalu-alukan pandangan mereka,". katanya
Mohd Yusuf berkata, secara fitrahnya alam ini ada tabiinya yang tersendiri seperti pokok memerlukan air untuk hidup atau air dicincang tidak akan putus. Kemudian manusia akan mula bertanya kenapa kejadian itu berlaku dan dari situ ilmu sains mula berkembang.
Namun hakikatnya menurut beliau ilmu sains merupakan ilmu yang terbatas dan bukan ilmu yang mutlak maka beliau berpandangan kejadian sejadah berdiri bukanlah antara perkara yang boleh diterangkan secara saintifik.
Katanya, tugas ahli sains ialah memahami tabiat alam namun malangnya pemikiran saintifik kini terlalu mendominasi manusia sehingga kita semakin meminggirkan agama. Namun ilmu sains adalah tetap merupakan satu keperluan dan perlu dikuasai oleh umat Islam tetapi biarlah diseimbangkan dengan ilmu agama.
Dalam pada itu menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, beliau tidak yakin kejadian sejadah berdiri ini benar-benar berlaku.
Menurut beliau kita seringkali dihidangkan dengan cerita-cerita mistik dan luar biasa seperti api yang tiba-tiba menyala dan membakar, mutiara atau kaca yang keluar dari mata dan sebagainya dan sesungguhnya apakah perkara ini benar-benar perlu untuk didedahkan kepada umum.
Katanya semua pihak belum pasti apakah kejadian ini melibatkan sesuatu petunjuk dari tuhan.
"Apakah benar kejadian sejadah berdiri ini berlaku atau mungkinkah ia sengaja dilakukan oleh manusia dan kemudian disensasikan oleh pihak tertentu untuk menarik perhatian ramai.
"Saya melihat perkara ini lebih kepada sengaja dibuat-buat dan kemudian dibesar-besarkan," katanya.
Menurut Mahmood, beliau bukan menolak kekuasaan tuhan tetapi perkara sebegini tidak memberi apa-apa erti kepada kehidupan manusia. Manusia pula secara umumnya sangat meminati kisah-kisah sensasi sebegini, kemudian akan mula mempercayainya dan akhirnya mereka mula terlibat dalam kegiatan syirik dan khurafat.
"Jika kita lihat mereka yang percaya dengan bomoh pada awalnya melihat perkara-perkara yang ajaib seperti ini dan kemudian akan lebih mempercayainya sehingga terlibat dalam perlakuan syirik dan sebagainya,".
Sesungguhnya pelbagai penjelasan dan pandangan tentang kejadian ini adalah sesuatu yang biasa dan perbezaan pendapat sememangnya sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Memandangkan manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna mereka pastinya akan cuba mencari jawapan yang dirasakan paling sesuai untuk mengisi kehendak dan perasaan ingin tahu mereka.
Namun yang pasti bukan semua perkara boleh dijawab hanya dengan berlandaskan akal fikiran dan kaedah saintifik yang terbatas sifatnya. Apatah lagi sifat ingin tahu manusia itu juga yang akan mengheret mereka sehingga terjebak dalam kepercayaan syirik dan khurafat. Oleh itu adalah sesungguhnya hanya Allah jua yang mempunyai jawapan terhadap segala persoalan dan kemusykilan tentang segala kejadian yang berlaku di alam yang mana tuhan juga yang menjadi penciptanya.