Sabtu, 31 Oktober 2009

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG

PETA LOKASI DIMANA MAYAT-MAYAT KANAK KANAK ITU DIJUMPAI.
Semuanya tinggal kenangan. Runtuhan jambatan gantung di Pusat Kokurikum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kuala Dipang Kampar, menceritakan segala kelemahan manusia dari segi pembuatan dan juga penggunaan. Apabila telah terjadi satu satu kejadian masing-masing menunding jari. Dan tak siapa pun yang mengaku bersalah. yang pasti ianya telah terjadi dan mengorbankan nyawa tiga orang pelajar perempuan dan kesemuanya telah ditemui selepas 4 hari operasi mencari dijalankan. Jarak diantara satu mayat ke mayat yang lain terlalu jauh jaraknya. Membuktikan air sungai kampar itu memang deras dan tidak selamat serta tidak sesuai bagi murid murid sekolah untuk mengadakan perkhemahan. kecuali keselamatan dan pengawasan mereka benar benar terjamin. Saya dan kawan saya pergi melawat ketempat kejadian untuk melihat sendiri tempat kejadian jambatan runtuh tersebut. dari segi pembinaannya jelas tidak selamat. Dimana tiada cerucuk yang kuat untuk memegang kedua dua tiang pengantung yang di tanam di kawasan sekolah, seperti yang anda lihat pada gambar yang ketiga. gambar itu menunjukkan bekas lubang dimana tempat tiang itu ditanam tanpa cerucuk, macam buat tempat tiang ampaian menjemur kain apabila di lalui oleh ramai orang, kekuatannya tidak cukup untuk menahan berat, menyebabkan ianya runtuh dan simen yang menjadi penahan terpungkih keatas. Mungkin tanahnya lembut disebabkan berhampiran dengan sungai. jarak diantara sungai dengan tiang pengantung tak sampai pun 25 miter. Sepatutnya ia perlu lebih jauh dari sungai untuk menjamin kekuatannya. Kalau buat jambatan kayu kekal mungkin boleh menjamin keselamatan pengguna. Tidak perlulah jambatan gantung, kerana ianya mungkin digunakan untuk satu jangka masa yang panjang.kerana tempat tersebut merupakan Pusat Kokurikulum Sekolah. Mesti ada saja aktiviti yang dijalankan untuk menanam sikap jatidiri pada murid-murid sekolah. Apa-apa pun ianya telah terjadi. satu ingatan pada pihak yang bertanggungjawab, agar jangan memandang remeh dari segi pembinaan, keselamatan dan pengawasan keatas murid-murid yang menggunakan Pusat Kokurikulum tersebut. Mungkin ibubapa dan penjaga akan berfikir byk kali sebelum membenarkan anak-anak dibawah pengawasannya menjalani latihan di kem tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas