Isnin, 15 Mac 2010

FIKIR FIKIR KAN LAH

Assallammualaikum. Saya rasa lama sudah saya tidak melihat dan menjamah blog ini. Kerana tak ada masa untuk update kan blog ini. Tarikh akhir saya menulis ialah pada bulan oktober yang lalu berkaitan dengan runtuhnya jambatan gantung di Kuala Dipang Kampar dan mengorbankan 3 orang kanak kanak sekolah. Untuk kali ini tiada apa apa yang hendak aku tuliskan. Tiada berita hangat yang dapat dikesan. Tahun 2009 telah hampir tiga bulan meninggalkan kita dengan penuh kenangan. Berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dan Tahun 2010 telah berlalu hampir tiga bulan. Apa yang dapat dilihat ialah masalah sosial yang semakin menjadi jadi. Berbagai bagai warna masyarakat yang dapat kita lihat. Dari Utara Tanah Air sehinggalah ke Selatan Tanah Air. Dari Sabah hinggalah ke Sarawak. Namun masalah ini hanya dianggap remeh. Siapakah yang harus di persalahkan dalam masalah yang semakin mencengkam anak anak melayu. Satu masa dulu kita dikejutkan dengan masalah Bohsia kemudian sumbang muhram. Serta yang tak dapat dikawal hingga sekarang ialah kegiatan merempit. Dimana saja kegiatan merempit ini akan menjadi perhatian anak anak muda, tak kiralah perempuan atau lelaki. Dimana ada jalan yang lurus disitulah mereka akan merempit.. Masalah dadah memanglah sukar untuk dibendung. Walaupun apa jenis hukuman seolah-olah tidak meberi kesan.  Apa saja kempen yang dilakukan mengenai dadah memang tidak mendapat perhatian. Begitu juga dengan kempen TAK NAK MEROKOK. Hanya kempen tinggal kempen. Kembali kita kepada masalah lumba haram iaitu kegiatan merempit. Mungkin undang-undang sekarang tidak cukup untuk menyedarkan mereka. Mungkin Pihak berwajib patut memberatkan lagi hukuman diatas kesalahan merempit.Contohnya penjara seumur hidup diatas pesalah merempit. Bukan apa golongan ini menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kadang kala melibatkan orang awam yang tidak bersalah. Ianya mengorbankan nyawa pengguna yang lain umpamanya pejalan kaki. Disini kita harus berfikir wajarkah anak anak kita yang berumur 16 tahun diberi Lesen Memandu, walau pun sekadar motosikal. Anak anak kita yang berumur sedemikian rupa hanya lebih kepada keseronokan walaupun ianya melibatkan kehilangan nyawa. Mereka tidak memikirkan masa depan yang harus mereka tempuhi dengan jayanya untuk menjayakan WAWASAN 2020 yang tak lama lagi akan menjelma. Sepuluh Tahun bukan satu jangka masa yang panjang. Masih dapat diingat lagi pada tahun 2000 dimana masalah Y2K. Masalah yang amat ditakuti oleh semua pengguna komputer didunia. Ia nya telah berlalu sepuluh tahun yang lalu. Begitu juga dengan tahun 2020 pun tidak akan lama menjelma. Mungkin membawa sejuta wajah masalah sosial yang mungkin sukar untuk dibendung, sekiranya tidak dibendung dari sekarang. Fikir fikirkan lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas