Rabu, 1 September 2010

PENANGAN RIBUT PADA 30 OGOS 2010 DI TELUK INTAN



Pada tanggal 30hb. Ogos 2010 lebih kurang jam 3.30 petang Perumahan Taman Desa Caely Teluk Intan. Telah dilanda ribut menyebabkan beberapa buah rumah di taman tersebut telah tercabut awning di terbangkan oleh angin yang kencang dan berputar. Tetapi nasib baik tiada mangsa yang terbunuh disebabkan bencana tersebut. Ada zing zing awning tersebut terbang jauh dari rumah terbabit. Kerugian dianggarkan mencecah hampir RM5000 hingga ke RM6000. Setelah ribut reda ramai orang melawat ke tempat kejadian. Kejadian sama seperti yang melanda di Bazar Ramadan di Jasin Melaka.
          Laporan lain menyebutkan bahawa sebanyak 77 buah rumah, termasuk 64 di Perumahan Awam Karentina rosak dilanda ribut hampir 10 minit itu dan Pokok Pokok Tumbang akibat ribut dan hujan lebat yang melanda. En. Ramli bin Nin ketua kampong Batak Rabit berkata. Dikawasannya 77 buah rumah telah ditimpa musibah tersebut. Menurutnya jumlah paling banyak ada lah dikawasan Perumahan Awam kerantina iaitu 64 buah rumah terbabit. Kerugian dianggarkan melebihi RM60.000. 
        Menurut salah seorang mangsa kejadian, dia dan isterinya berada didalam rumah bersama anak anaknya terdengar dentuman kuat diluar rumah. Setelah reda, dia keluar rumah dan melihat bangsalnya berpusing akibat ribut tersebut. 
        Kejadian sama juga telah melanda di Medan Selera City Mewah, Jalan Padang Tembak dan Kilang-kilang. Didalam keriangan umat islam menyambut kedatangannya syawal tidak berapa hari lagi ada yang bersedih dengan musibah yang menimpa. Minggu lalu hampir sembilan buah rumah di kampung Esso, di Jalan Maharajalela hangus terbakar dan tidak ada barang yang dapat diselamatkan.
                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas