Ahad, 27 Mac 2011

KERJA KADANG KALA MEMBOSANKAN

Sebut saja pekerjaan. Semua orang mahukan pekerjaan. Tak kiralah apa kerja pun maupun sektor awam atau swasta, dari sektor perkilangan hinggalah ke perkebunan. Semuanya kerja, semuanya untuk satu tujuan untuk mendapatkan duit. Mendapatkan duit yang halal dan demi masa depan. Sebahagian dari orang lebih berminat untuk bekerja dengan sektor awam yang semuanya dibiayai oleh kerajaan, walaupun gajinya tak seberapa tetapi lebih menjaminkan masa depan. Selain mendapat pencen dan lain lain faedah dalam sektor awam. Tak semua orang berminat untuk bekerja dalam sektor awam tetapi lebih tertumpu pada sektor swasta, kerana mendapat pendapatan yang lumayan dan gaji yang mahal begitu juga dengan sektor perkilangan. Lain pula dengan bekerja sendiri. Contohnya di bidang pertanian dan lain-lain kerja yang dilakukan sendiri. Bekerja sendiri memerlukan modal yang banyak dan pengalaman dalam bidang pengurusan.  Kalau tidak memiliki pengalaman dibidang yang kita ceburi, ianya tidak akan menjadi dan berkemungkinan mengalami kerugian.
Kerja kadang kala ianya membosankan juga. Perasaan bosan akan hadir apabila kita melakukan kerja yang sama setiap hari. Ada juga yang disebabkan oleh arahan-arahan dari ketua ataupun penyelia-penyelia dibahagian masing-masing. Membuatkan kita merasa teramat bosan apabila kerja-kerja yang dilakukan asyik tak betul. Kita merasakan apa yang dibuat sudah betul tetapi ada orang lain menganggap tak betul. Perkara sebegini boleh membuatkan sesaorang itu marah, meradang dan berbagai-bagai lagi perasaan akan timbul.
Kalau bekerja sendiri umpamanya berkebun, berniaga dan banyak lagi kerja-kerja yang dilakukan perasaan bosan akan timbul apabila apa yang dihasilkan tidak menjadi. Kesimpulan nya kerja akan mendatangkan perasaan bosan kerana jiwa kita tertekan dengan pekerjaan yang dilakukan. Kerja tidak akan membosankan sekira nya sesuai dengan jiwa kita. Jiwa juga mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan sesaorang.

Selasa, 22 Mac 2011

AMBIL UNTUNG ATAS ANGIN

Ambil untung atas angin, adalah istilah yang memang telah difahami oleh masyarakat. Ianya dikaitkan dan dilakukan oleh sesaorang dalam melakukan perniagaan dan urusniaga yang melibatkan keuntungan tanpa modal dan tanpa sebarang usaha. Biasanya urusniaga dilakukan oleh orang perantaraan ataupun mudah dipanggil sebagai orang tengah. Keuntungan yang diistilah seperti imbuhan, insentif atau mudah di panggil Komisyen. Sama ada ianya haram atau sah disudut syariah. Anda perlu berhati-hati, kerana untung atas angin mempunyai unsur-unsur syubhat. Kadang kala boleh dianggap haram. Tetapi tidak semuanya haram, ada juga yang harus disisi syariah. 
Untung atas angin boleh berlaku dengan beberapa cara. Antaranya dengan menjadi wakil ataupun orang tengah bagi membuat sebarang pembelian barang dalam pasaran. Apabila anda membeli barang dalam kuantiti yang banyak, biasanya penjual akan memberi diskaun pada setiap unit barang yang dibeli. Dengan itu orang tengah atau wakil akan mendapat keuntungan melalui diskaun yang diberikan. Tetapi harga asal barangan tersebut tetap dicatit pada barangan tersebut oleh syarikat. Halal ataupun haram keuntungan yang diperolehi, bergantung pada keizinan pihak pembeli ataupun wakil. Sekiranya wakil diberi hak oleh pewakil mengambil keuntungan, Maka apa yang diambil adalah sah disisi syariah. Tetapi sekiranya tidak diberi hak oleh pewakil untuk mengambil keuntungan, anda harus memulangkan keuntungan kepada pembeli.
Perkara atau fenomena ini kerap berlaku dalam sebarang institusi tak kira kerajaan ataupun swasta. Pegawai atau orang yang diberi tanggung jawab untuk berurusan atau membuat pembelian telah melakukan perundingan terlebih dahulu dengan pihak pembekal untuk menulis harga yang tinggi pada sebut harga barang yang mahu dibeli. Tidak hairanlah sekiranya pihak Audit mendapati harga barang yang dibeli telah menjadi 10 kali ganda dari harga asal barangan tersebut. Perkara sebegini bukan sahaja melibatkan Pegawai yang berurusan untuk mendapatkan keuntungan malah melibatkan lain-lain pihak termasuklah Pegawai tinggi yang memberi kelulusan. Ada yang sanggup berpakat untuk menipu dan telah mencipta beberapa sebut harga. Sememangnya ianya tidak wujud tetapi hanya untuk mengaburi mata pihak tertentu. Kerana iannya perlu dibuat sebut harga atau pun tender, sekurang-kurang tiga sebut harga diperlukan untuk membuat pembelian.
Keuntungan atas angin mungkin berlaku, apabila orang yang ditugaskan memilih pembekal mensyaratkan supaya diberi imbuhan. Aktiviti ini boleh dianggap rasuah dan hukumnya haram disisi syariah.
"Rasullullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan" ( riwayat at-tirmidzi ).


Firman ALLAH SWT yang membawa maksud:-
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan Jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui."  (Al Baqarah : 188)
 

Ahad, 20 Mac 2011

PIALA FA 2011. TERENGGANU LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Terengganu Layak ke Separuh Akhir Piala FA 2011 setelah mengalahkan Perak dengan Agreget 5-4. Terengganu mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Nasharuddin Shah, Kuala Terengganu. Perlawanan bermula lewat setelah lampu Stadium terpadam. Terengganu akan bertemu Pahang pada perlawanan separuh Akhir pertama yang dijadualkan pada 13/05/2011. Perlawanan lain KELANTAN mengalahkan FELDA UNITED : 3-0 ( Agg: 5-2 ), SELANGOR mengalahkan JOHOR 2-1 (Agg: 5-2 ). Peringkat separuh akhir akan menemukan Pahang VS Terengganu dan Selangor VS Kelantan.

Rabu, 16 Mac 2011

JAWATAN KOSONG DI NEGERI PERAK

Rakyat Negeri Perak adalah di pelawa untuk memohon dan mengisi kekosongan jawatan di Negeri Perak
Sila Lawati Laman WEB :


untuk maklumat selanjutnya..
Tarikh Tutup Permohonan : 2hb. April 2011

Jangan Lepaskan peluang untuk mencuba untuk memohon Jawatan-Jawatan yang diiklankan

Selasa, 15 Mac 2011

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT BISOPHENOL A

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam
botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai
Tindakan pengharaman itu di ambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan
terbaru oleh Kesatuan Eropah. Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80  celsiusberbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/atau http://fsq.moh.gov.my.

Isnin, 14 Mac 2011

Kalimah Allah - Ust Kazim Elias.mp4

[Hantu Kak Limah Balik Rumah]Babak Usop/ucop Buat Undian "Bako" Rumah

MENCINTAI DIRI SENDIRI


Hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.
(Potongan ayat Allah SWT daripada surah Ali Imran ayat 104)
Ditambah pula dengan kes-kes remaja sekolah menengah yang sudah pandai mencari keseronokan serta gadis-gadis melayu yang semakin liar dan melahirkan anak diluar nikah.
Tidak kurang juga para belia melayu yang dahagakan hiburan sehingga lupa diri dan mengunjungi tempat-tempat hiburan. Lebih menyedihkan,sehingga mengambil pil-pil khayal yang lambat laun merosakkan diri.
Daripada pandangan saya sebagai seorang insan biasa yang suka memerhati dan berfikir, Sejak akir-akhir ini  terlalu ramai remaja melayu yang berugama Islam langsung tidak menaruh rasa cinta dan sayang kepada diri sendiri. Ini kerana apabila di sebut cinta, fikiran dan perasaan mereka  lebih terarah kepada cinta dengan insan lain.
Lantas, para remaja melayu lelaki dan wanita harus dan perlu dijelaskan mengenai kepentingan mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Bukannya bermaksud ia suatu tindakan yang mementingkan diri sendiri. Kerana, kecintaan terhadap diri sendiri mampu memberikan kekuatan untuk membentengi diri daripada segala kemungkaran dan kejahatan.
Konsep mencintai diri sendiri sebagai cinta pertama adalah suatu pendekatan terbaik dan mampu untuk dilaksanakan, Malah mencintai diri sendiri bukan sahaja dirasai faedahnya oleh diri sendiri tetapi masyarakat  di sekeliling kita.
Sebagai contoh yang terbaik, seorang Muslim memberi makan kepada jirannya yang kelaparan disebabkan kemiskinan, bukan sahaja dia mencintai dirinya tetapi juga jirannya. Jika dia tidak menunaikan hak jirannya, maka dia akan disoal oleh Allah SWT di hari akhirat. Dia akan dimurkai Allah SWT.
Diharap kesedaran yang ditanam pada diri remaja-remaja Islam, dapat digapai serta memberi  kecemerlangan yang seimbang baik di dunia maupun di akhirat.

Ahad, 13 Mac 2011

DILEMA KERJA

Anda boleh lihat orang yang sepatutnya bekerja tetapi tidak pergi bekerja atau tidak membuat kerja dan ada pula yang kelihatan tidak bekerja kerana sifat kerjanya. Tapi hakikatnya, semua orang hidup mesti bekerja. Gaji besar tak semestinya mampu membuat anda suka kepada pekerjaan anda, tetapi sekiranya anda suka pada pekerjaan anda, pasti anda tidak pentingkan berapa banyak gaji yang anda terima daripada pekerjaan yang anda lakukan.
Dari sudut pekerjaan adalah penting bagi anda mengetahui akan nilainya. Jika anda tidak menilai tinggi pekerjaan anda, mungkin ianya tidak sesuai dengan jiwa anda, atau anda tidak jelas tentang nilai pekerjaan itu.
Untuk menjadi sesaorang itu kaya, buat sesuatu pekerjaan hingga selesai dengan sempurna. Jangan suka mengubah-ubah  atau melompat sana sini bagaikan seekor beruk menangkap belalang. Jika anda lakukan sudah pasti hasilnya tidak bermutu dan anda hanya melakukkan pekerjaan itu macam melepas batuk ditangga. Walaupun anda banyak bekerja, anda akan dianggap tidak bekerja langsung, sekiranya satu pun dari kerja yang ada, anda tidak akan mampu menyelesaikannya. Bila anda tidak melakukan satu kerja pun, tiada hasil  yang layak anda perolehi.

Khamis, 10 Mac 2011

PERLU KAH ANDA BERMULA DARI BAWAH

Jika anda seorang yang berkencenderungan mungkin akan bertanya. Mengapa anda harus sibuk, hanya untuk mendapat pekerjaan...?. Jawapannya adalah, melakukan apa saja dengan baik, bukanlah kesibukan atau kekalutan. Sebuah rencana yang dihasilkan oleh seorang penulis untuk anaknya, membantunya mendapatkan pekerjaan yang diingini. Dia berjaya dalam temuduga serta mendapat pekerjaan dan menetapkan gaji yang diingininya. Lebih-lebih lagi serta penting kedudukkan itu tidak mengharuskan pemuda tersebut memulakan dari bawah. Dia bekerja sebagai eksekutif muda dengan gaji yang lumayan. Kenapa harus menyibukkan diri.... Antara punca dan salah satu sebabnya, prestasi terencana oleh anak muda ini dalam lamarannya untuk dapatkan kedudukkannya sebagai eksekutif muda. Dalam waktu tidak kurang dari sepuluh tahun yang seharusnya diperlukan olehnya untuk mencapai kedudukkan tersebut. Andainya dia memulainya dari bawah dan berusaha naik terus keatas.
Gagasan memulai dari bawah dan berusaha naik keatas mungkin didengar cukup baik, tetapi rasa keberatan. Terlalu ramai diantara mereka yang bermula dari bawah dan tidak boleh mengangkat diri mereka terlalu tinggi, agar dilihat oleh kesempatan, namun mereka tetap dibawah.
Anda harus ingat bahawa keadaan dibawah tidak terlalu cemerlang. Keadaan dibawah punyai kencenderungan untuk menghapuskan cita-cita. Kita menyebutnya "Masuk ke jalur jejak roda" yang membawa maksud kita menerima nasib kita kerana membentuk kebiasaan dari kegiatan seharian, kebiasaan yang akhirnya menjadi terlalu kuat, sehingga kita tidak mahu berusaha membuangnya. Ia merupakan alasan. Mengapa kita harus bermula dari bawah. Dengan berbuat begitu, orang membentuk kebiasaan melihat persekitaran dan memperhatikan bagaimana caranya orang lain boleh maju, melihat kesempatan dan mengambilnya tanpa ragu-ragu

Rabu, 9 Mac 2011

KEMANA HILANG NYA MASA

Bila sesaorang itu menganggap bahawa dia tidak ada masa, maka dia tak pernah ada masa. Begitulah juga dengan orang yang tidak cukup masa. Kita diberi masa 24 jam, satu hari satu malam untuk semua orang. Walaupun dia seorang yang pekak, bisu, buta atau cacat kakitangannya. Yang perlu di perhatikan ialah dari segi apa kita kata, kita tiada masa dan dari segi apa pula kita ada masa. Biasanya untuk sesuatu perkara yang anda suka, anda akan berkata anda ada masa. Dari itu, pastikan apakah dia yang anda suka. Adakah ianya sesuatu yang produktif. Jika untuk berehat anda ada masa, mungkin anda tiada masa untuk melakukan sebarang pekerjaan, kerana anda terlalu lama mengambil masa untuk berehat. Jika anda memang suka berehat dan mahukan orang lain sama berehat seperti anda, Lebih baik anda buat membuat dan membangunkan tempat berehat dan peranginan adalah lebih baik. Maka dengan itu anda akan berehat sambil bekerja dan bekerja sambil berehat. Pasti anda akan merasa bahagia. Kerana anda akan melihat orang berehat seperti anda, sambil anda mendapat duit. Orang akan membayar kepada anda kerana memberi keselesaan kepada mereka. Diantara satu contoh bagaimana orang kaya punya banyak masa. Masa itu hilang ditelan oleh sesuatu yang anda suka dan anda ada masa bila anda jadikan apa yang anda suka itu sesuatu yang bermanfaat kepada diri anda dan juga orang lain. Jika anda tiada masa, Carilah jalan untuk menjadi kaya.

Isnin, 7 Mac 2011

TAK PERNAH TERFIKIR

Tak pernah aku terfikir sejak dari kecil lagi. Kenapa ayah dan ibu selalu memarahi aku sekiranya aku tidak mengulangi pelajaran. Pada masa itu yang penting adalah kawan dan asyik bermain sepanjang hari. Tak kira hujan atau panas yang penting adalah main. Kalau tak main macam tak cukup jadual pada hari itu. Tetapi apabila aku telah dewasa. Aku kembali berfikir apa yang di cakapkan oleh orang tua aku ada lah benar. Terima kasih ayah dan bonda sering mengingati aku tentang pelajaran itu penting. Tetapi nak dikesal pun tak guna, sebab nasi telah menjadi bubur. Peristiwa yang sama berlaku pada diri aku sendiri. Apabila anak anak sendiri telah menjadi seperti aku juga. Sukar hendak menerima teguran. Dimana silapnya aku sendiri pun tak tau.
Tapi untuk dikenang tak ada gunanya lagi. Harus diperbetulkan kesilapan masa lalu, supaya ianya tidak berulang lagi. Aku harus membina semula kehidupan yang masih bersisa.