Ahad, 27 Mac 2011

KERJA KADANG KALA MEMBOSANKAN

Sebut saja pekerjaan. Semua orang mahukan pekerjaan. Tak kiralah apa kerja pun maupun sektor awam atau swasta, dari sektor perkilangan hinggalah ke perkebunan. Semuanya kerja, semuanya untuk satu tujuan untuk mendapatkan duit. Mendapatkan duit yang halal dan demi masa depan. Sebahagian dari orang lebih berminat untuk bekerja dengan sektor awam yang semuanya dibiayai oleh kerajaan, walaupun gajinya tak seberapa tetapi lebih menjaminkan masa depan. Selain mendapat pencen dan lain lain faedah dalam sektor awam. Tak semua orang berminat untuk bekerja dalam sektor awam tetapi lebih tertumpu pada sektor swasta, kerana mendapat pendapatan yang lumayan dan gaji yang mahal begitu juga dengan sektor perkilangan. Lain pula dengan bekerja sendiri. Contohnya di bidang pertanian dan lain-lain kerja yang dilakukan sendiri. Bekerja sendiri memerlukan modal yang banyak dan pengalaman dalam bidang pengurusan.  Kalau tidak memiliki pengalaman dibidang yang kita ceburi, ianya tidak akan menjadi dan berkemungkinan mengalami kerugian.
Kerja kadang kala ianya membosankan juga. Perasaan bosan akan hadir apabila kita melakukan kerja yang sama setiap hari. Ada juga yang disebabkan oleh arahan-arahan dari ketua ataupun penyelia-penyelia dibahagian masing-masing. Membuatkan kita merasa teramat bosan apabila kerja-kerja yang dilakukan asyik tak betul. Kita merasakan apa yang dibuat sudah betul tetapi ada orang lain menganggap tak betul. Perkara sebegini boleh membuatkan sesaorang itu marah, meradang dan berbagai-bagai lagi perasaan akan timbul.
Kalau bekerja sendiri umpamanya berkebun, berniaga dan banyak lagi kerja-kerja yang dilakukan perasaan bosan akan timbul apabila apa yang dihasilkan tidak menjadi. Kesimpulan nya kerja akan mendatangkan perasaan bosan kerana jiwa kita tertekan dengan pekerjaan yang dilakukan. Kerja tidak akan membosankan sekira nya sesuai dengan jiwa kita. Jiwa juga mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan sesaorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas