Isnin, 14 Mac 2011

MENCINTAI DIRI SENDIRI


Hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.
(Potongan ayat Allah SWT daripada surah Ali Imran ayat 104)
Ditambah pula dengan kes-kes remaja sekolah menengah yang sudah pandai mencari keseronokan serta gadis-gadis melayu yang semakin liar dan melahirkan anak diluar nikah.
Tidak kurang juga para belia melayu yang dahagakan hiburan sehingga lupa diri dan mengunjungi tempat-tempat hiburan. Lebih menyedihkan,sehingga mengambil pil-pil khayal yang lambat laun merosakkan diri.
Daripada pandangan saya sebagai seorang insan biasa yang suka memerhati dan berfikir, Sejak akir-akhir ini  terlalu ramai remaja melayu yang berugama Islam langsung tidak menaruh rasa cinta dan sayang kepada diri sendiri. Ini kerana apabila di sebut cinta, fikiran dan perasaan mereka  lebih terarah kepada cinta dengan insan lain.
Lantas, para remaja melayu lelaki dan wanita harus dan perlu dijelaskan mengenai kepentingan mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Bukannya bermaksud ia suatu tindakan yang mementingkan diri sendiri. Kerana, kecintaan terhadap diri sendiri mampu memberikan kekuatan untuk membentengi diri daripada segala kemungkaran dan kejahatan.
Konsep mencintai diri sendiri sebagai cinta pertama adalah suatu pendekatan terbaik dan mampu untuk dilaksanakan, Malah mencintai diri sendiri bukan sahaja dirasai faedahnya oleh diri sendiri tetapi masyarakat  di sekeliling kita.
Sebagai contoh yang terbaik, seorang Muslim memberi makan kepada jirannya yang kelaparan disebabkan kemiskinan, bukan sahaja dia mencintai dirinya tetapi juga jirannya. Jika dia tidak menunaikan hak jirannya, maka dia akan disoal oleh Allah SWT di hari akhirat. Dia akan dimurkai Allah SWT.
Diharap kesedaran yang ditanam pada diri remaja-remaja Islam, dapat digapai serta memberi  kecemerlangan yang seimbang baik di dunia maupun di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas