Ahad, 12 Ogos 2012

Assallammualaikum, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Saya merasakan telah lama tidak menulis di dalam blog ini. Rasa rindu terpanggil untuk mencatat sesuatu didalam blog ini. Masa berlalu sebegitu pantas. Diam tak diam kita berada di bulan Ogos 2012 dan di Penghujung bulan Ramadhan Al Mubarak. Tak lama lagi tirai Syawal akan tersingkap luas. Pintu segala nafsu akan terbuka kembali, Para Syaitan akan terlepas kembali dari rantaiannya. Akan tetapi kita sebagai manusia biasa tidak akan lepas dari melakukan kesalahan. Tak kira apa bulan pun. Selagi ada nafsu selagi itulah manusia akan melakukannya. Cuma kesedaran dan keinsafan sahaja yang dapat membendung kemahuan setiap manusia.