Selasa, 22 Mac 2011

AMBIL UNTUNG ATAS ANGIN

Ambil untung atas angin, adalah istilah yang memang telah difahami oleh masyarakat. Ianya dikaitkan dan dilakukan oleh sesaorang dalam melakukan perniagaan dan urusniaga yang melibatkan keuntungan tanpa modal dan tanpa sebarang usaha. Biasanya urusniaga dilakukan oleh orang perantaraan ataupun mudah dipanggil sebagai orang tengah. Keuntungan yang diistilah seperti imbuhan, insentif atau mudah di panggil Komisyen. Sama ada ianya haram atau sah disudut syariah. Anda perlu berhati-hati, kerana untung atas angin mempunyai unsur-unsur syubhat. Kadang kala boleh dianggap haram. Tetapi tidak semuanya haram, ada juga yang harus disisi syariah. 
Untung atas angin boleh berlaku dengan beberapa cara. Antaranya dengan menjadi wakil ataupun orang tengah bagi membuat sebarang pembelian barang dalam pasaran. Apabila anda membeli barang dalam kuantiti yang banyak, biasanya penjual akan memberi diskaun pada setiap unit barang yang dibeli. Dengan itu orang tengah atau wakil akan mendapat keuntungan melalui diskaun yang diberikan. Tetapi harga asal barangan tersebut tetap dicatit pada barangan tersebut oleh syarikat. Halal ataupun haram keuntungan yang diperolehi, bergantung pada keizinan pihak pembeli ataupun wakil. Sekiranya wakil diberi hak oleh pewakil mengambil keuntungan, Maka apa yang diambil adalah sah disisi syariah. Tetapi sekiranya tidak diberi hak oleh pewakil untuk mengambil keuntungan, anda harus memulangkan keuntungan kepada pembeli.
Perkara atau fenomena ini kerap berlaku dalam sebarang institusi tak kira kerajaan ataupun swasta. Pegawai atau orang yang diberi tanggung jawab untuk berurusan atau membuat pembelian telah melakukan perundingan terlebih dahulu dengan pihak pembekal untuk menulis harga yang tinggi pada sebut harga barang yang mahu dibeli. Tidak hairanlah sekiranya pihak Audit mendapati harga barang yang dibeli telah menjadi 10 kali ganda dari harga asal barangan tersebut. Perkara sebegini bukan sahaja melibatkan Pegawai yang berurusan untuk mendapatkan keuntungan malah melibatkan lain-lain pihak termasuklah Pegawai tinggi yang memberi kelulusan. Ada yang sanggup berpakat untuk menipu dan telah mencipta beberapa sebut harga. Sememangnya ianya tidak wujud tetapi hanya untuk mengaburi mata pihak tertentu. Kerana iannya perlu dibuat sebut harga atau pun tender, sekurang-kurang tiga sebut harga diperlukan untuk membuat pembelian.
Keuntungan atas angin mungkin berlaku, apabila orang yang ditugaskan memilih pembekal mensyaratkan supaya diberi imbuhan. Aktiviti ini boleh dianggap rasuah dan hukumnya haram disisi syariah.
"Rasullullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan" ( riwayat at-tirmidzi ).


Firman ALLAH SWT yang membawa maksud:-
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan Jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui."  (Al Baqarah : 188)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas