Ahad, 13 Mac 2011

DILEMA KERJA

Anda boleh lihat orang yang sepatutnya bekerja tetapi tidak pergi bekerja atau tidak membuat kerja dan ada pula yang kelihatan tidak bekerja kerana sifat kerjanya. Tapi hakikatnya, semua orang hidup mesti bekerja. Gaji besar tak semestinya mampu membuat anda suka kepada pekerjaan anda, tetapi sekiranya anda suka pada pekerjaan anda, pasti anda tidak pentingkan berapa banyak gaji yang anda terima daripada pekerjaan yang anda lakukan.
Dari sudut pekerjaan adalah penting bagi anda mengetahui akan nilainya. Jika anda tidak menilai tinggi pekerjaan anda, mungkin ianya tidak sesuai dengan jiwa anda, atau anda tidak jelas tentang nilai pekerjaan itu.
Untuk menjadi sesaorang itu kaya, buat sesuatu pekerjaan hingga selesai dengan sempurna. Jangan suka mengubah-ubah  atau melompat sana sini bagaikan seekor beruk menangkap belalang. Jika anda lakukan sudah pasti hasilnya tidak bermutu dan anda hanya melakukkan pekerjaan itu macam melepas batuk ditangga. Walaupun anda banyak bekerja, anda akan dianggap tidak bekerja langsung, sekiranya satu pun dari kerja yang ada, anda tidak akan mampu menyelesaikannya. Bila anda tidak melakukan satu kerja pun, tiada hasil  yang layak anda perolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri Ulasan dengan ikhlas